PROGRAM MOTIVASI DAN KECEMERLANGAN UPSR, SK KUALA SLIM
Pada 27-28 Mac 2015, saya dan beberapa orang classmate iaitu Wan, Firdaus (Pdut), Zam, Faiz (Bangchik), Affan, Nani, Fayn dan Nadia (Meknad). Tak lupa juga kepada Abang Bani, dan Abang Khir sebagai pengiring kami. Buat pertama kalinya diberi peluang berganding bersama untuk menjadi fasi di SK Kuala Slim, Slim River. Program ini merupakan program motivasi yang disasarkan kepada pelajar darjah 4 hingga darjah 6. Sangat seronok sebab ada juga murid orang asli di situ. Boleh la tengok gambar-gambar aktiviti yang dijalankan sepanjang program. Tadaaaa!!
|
Ice breaking yang diketuai oleh Wan Samsul. |
|
Slot riadah : Lingkaran Nyamuk |
|
Slot 1 : Cita-cita saya
Bangchik handle. hehehe
|
|
Arahan : masukkan semua ahli kumpulan ke dalam sehelai kertas A4. So, jadi la macam ni :) |
Majlis penutup.
Tak pasal-pasal pulak jadi MC. Takpe percubaan yang baik untuk Maryam! :)
|
Kakak-kakak fasi pun nak bergaya juga. hihi |
|
Paling best, balik je dari program Abang Khir belanja kfc. Memula gurau aje dengan dia, tak sangka pulak dia nak belanja betul-betul. Alhamdulillah, rezeki. Moga Abang Khir sentiasa dimurahkan rezekinya. Aamiin... Daripada letih, dengar je orang nak belanja terus segar. HAHAHA!! |
Alhamdulillah syukur sangat diberi peluang untuk join program macam ni. Sekurang-kurangnya dapat juga ilmu baru. Dapat belajar bercakap depan orang ramai, dapat bersama adik-adik SK Kuala Slim yang baik dan sporting. Paling tak lupa, dari program ni la first time jadi mc sehingga la sekarang. Terima kasih banyak-banyak kepada Abang Bani dan Abang Khir yang banyak support, tak lupa juga pada geng fasi!. Kalian terbaik! Much love.
PROGRAM MASIH ADA YANG SAYANG.
Program ini telah dijalankan di Tunas Bakti, Taiping, Perak. Kami ke sana bukan saja-saja tau. Ni merupakan salah satu tugasan yang perlu kami lakukan. Melakukan sesi kaunseling bersama pelatih di sana. Meneroka sedalam mungkin bagaimana mereka boleh dihantar ke sana. Yang paling penting, setiap orang mampu untuk berubah. Jangan disebabkan seseorang tu pernah melakukan kesalahan, kita terus judge mereka yang bukan-bukan. Sama-sama kita doakan agar kita sentiasa berada di dalam rahmat Allah dan dibawah lindunganNya.
p/s: disebabkan masing-masing tidak dibenarkan menggunakan fon semasa di dalam Tunas Bakti tersebut, makanya hanya gambar kami sahajalah yang ada. Itu pun sikit sangat. Takpe, biar sikit asal ada. Hehe
|
gambar ni bersama kak Dayah |
|
lepas sesi taklimat sebelum dibenarkan masuk jumpa pelatih-pelatih di situ. |
BAKTISISWA 2.0
Pada 23-25 Oktober 2016 yang lalu, Exco Kesenian dan Kebudayaan Persatuan Bimbingan dan kuanseling (KASIH) telah menganjurkan Outreach Counselor To Be siri 2 di Jitra, Kedah. Kami telah berkampung selama 3 hari 2 malam dan telah dibahagikan kepada 2 kg iaitu Kg Banai dan Kg Panchor. Alhamdulillah bersyukur sangat diberi peluang untuk join. Dapat keluarga baru, dapat bantu orang kg, dapat jalan-jalan pusing bendang, pengalaman yang memang tidak boleh dilupakan.
|
tadaa, sempat jugak pergi bendang dengan Sha. nasib ada driver. hihi |
|
ni kawasan bendang tu. tak berapa menjadi lagi sebab benihnya baru disemai |
|
game futsal |
|
belon air. betul betul lucu tengok gelagat dorang. HAHAHA |
|
Isi air dalam botol. ada yang main tuang terus air dari baldi tu, nak memang punya pasal. last-last semua dapat hadiah yang sama ;-D
|
|
ni family angkat saya di sini. abah takde sebab kerja. sobs sobss.. bakal merindui kakteh, adik dan mak juga ayah. tak lupa abang ngah yang takde dalam gambar. |
|
ni motor yang kami guna untuk rempit sepanjang berada di Kg Banai ni. huwaaa rinduuuuu.... |
|
tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat bermain. semoga kita berjumpa lagi negeri Kedah Darul Aman. series memang aman pun :-)
|
No comments:
Post a Comment